Thursday 27 September 2012

Model ARCS


Motivasi Dalam Desain Instruksi
   
Pengenalan
Mengembangkan pelajar seumur hidup yang bermotivasi intrinsik, menunjukkan rasa ingin tahu secara intelek, menikmati pembelajaran, dan senantiasa mencari ilmu selepas tamatnya pengajian formal merupakan salah satu matlamat pendidikan. Nanum begitu, kebanyakan penyelidikan motivasi dijalankan di tempat kerja, dan menumpukan perhatian kepada cara-cara memotivasikan pekerja industri agar bekerja lebih keras, cepat dan baik.
Penyelidikan motivasi yang terkini memusatkan kepada pengenalpastian teknik-teknik berkesan untuk memurnikan desain instruksi, meningkatkan pengurusan bilik darjah, dan memenuhi keperluan pelbagai pelajar (Wlodkowski, 1981). Pengkaji-pengkaji motivasi pembelajaran mengaplikasikan beberapa teori dan konsep yang didapati berkesan dalam industri untuk mengembangkan model motivasi demi mengaya dan memurnikan persekitaran pengajaran pembelajaran. Salah satu model ialah ARCS Model of Motivational Design yang dibangunkan oleh John M. Keller dari Florida State University 9Keller, 1983, 1987). ARCS merupakan satu model sistematik untuk mereka instruksi motivasi. Rencana ringkas ini akan menghuraikan Model ARCS, dan melatarkan beberapa cara komponen ARCS boleh digunakan dalam desain instruksi.


The ARCS Model of Motivational Design
Models ARCS adalah model yang terkenal dan model desain instruksi yang digunakan secara meluas. Mudah, tetapi berdaya tinggi, Model ARCS berakar umbi pada banyak teori dan konsep motivasi, khasnya teori jangkaan-nilai atau expectancy-value (contohnya Vroom, 1964; Porter dan Lawler, 1968).
Dalam teori jangkaan, "usaha" dikenalpastikan sebagai hasilan utama yang boleh diukur. Supaya "usaha' boleh berlaku, dua prasyarat mesti ditetapkan - (1) orang berkenaan mesti menghargai tugas, dan (2) orang tersebut mesti percaya ia boleh berjaya melakukan tugas. Justeru itu, dalam situasi instruksi, tugasan pembelajaran mesti disembahkan dalam cara yang melibatkan dan bererti kepada pelajar; dan dapat menggalakkan jangkaan positif akan kejayaan pencapaian objektif-objektif pembelajaran.
Models ARCS mengenalpasti empat komponen strategi yang penting untuk memotivasikan instruksi:

[A]ttention / Perhatian - strategi untuk memberangsang dan mengekalkan rasa ingin tahu dan minat

[R]elevance / Perkaitan - strategi untuk menghubungkan keperluan, minat dan motif pelajar.

[C]onfidence / Keyakinan - strategi untuk membantu pelajar membangunkan jangkaan positif untuk kejayaan pencapaian pembelajaran; dan

[S]atisfaction / Kepuasan - strategi untuk membekalkan pengukuhan ekstrinsik dan instrinsik. (Keller, 1983)
Keller (1987) membahagikan keempat-empat komponen ARCS kepada tiga sub-komponen stragegik. Penerangan sub-komponen stragegik dan contoh yang releven dengan instruksi adalah seperti berikut.


 Attention / Perhatian

Perangsangan Persepsi: menyediakan novelti, kehairanan, ketakkongruenan (incongruity) atau ketidakpastian. Contoh: Guru menunjukkan gambar yang tidak lengkap atau kotak yang tertutup dan dihiaskan dengan tanda soal kepada murid-murid.


Perangsangan Inkuiri: stimulasikan rasa ingin tahu dengan mengajukan soalan atau masalah untuk diselesaikan. Contoh: Guru menyampaikan satu senario tentang seseuatu masalah dan mengarahkan murid melukan percambahan idea (brainstorm) penyelesaian yang munasabah berasaskan apa yang telah dipelajari dalam kelas.


Kepelbagaian: memasukkan beraneka jenis kaedah dan media untuk memenuhi kehendak-kehendak pelajar yang berbeza-beza. Contoh: Selepas menyampai dan meneliti isi pelajaran di OHP, murid-murid menjalankan perbincangan dan latihan dalam kumpulan koperatif.

  
Relevance / Perkatian

Orientasi Matlamat: menerangkan objektif dan tujuan berkaitan dengan instruksi dan kaedah-kaedah spesifik untuk pencapaian berjaya. Contoh: Guru menjelaskan objektif dan kepentingan objektif pelajaran.

Pemadanan Motif: memadankan objektif dengan keperluan dan motif pelajar. Contoh: Guru membenarkan pelajar menyampaikan hasil projek dalam bentuk bertulis, lisan atau grafik demi menyesuaikan gaya dan keperluan pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan muridnya.

Kebiasaan: menyampaikan isi kandungan dengan cara yang mudah difaham dan boleh berkatian dengan pengalaman dan nilai pelajar. Contoh: Murid-murid diminta memberi contoh tentang pengalaman diri sendiri yang berkaitan dengan konsep yang telah diterima dalam kelas.


 Confidence / Keyakinan

Prasyarat Pembelajaran: memaklumkan pelajar tentang prasyarat pembelajaran dan prestasi serta kriteria taksiran. Contoh: Guru menyediakan pelajar dengan senarai kriteria taksiran tentang projek penyelidikan yang ditugaskan. Selain itu, juga diedarkan contoh-contoh baik projek-projek yang lalu.

Kesempatan Berjaya: menyediakan kesempatan mencabar dan bererti untuk pembelajaran berjaya. Contoh: Sebelum memulakan projek penyelidikan, murid-murid dibenarkan untuk berlatih mencungkil dan merumuskan maklumat dari berbagai-bagai sumber. Usaha murid diberi maklumbalas agar murid berasa yakin tentang tugasan yang akan dilakukannya.

Tanggungjawapan Kendiri: mengaitkan kejayaan pembelajaran kepada usaha dan kebolehan peribadi pelajar. Contohnya: Guru menulis maklum balas tentang kualiti prestasi pelajar dan memperakukan dedikasi dan kesungguhan pelajar.


Satisfaction / Kepuasan

Pengukuhan Intrinsik:  menyokong dan menggalakkan nikmat intrinsik akibat pengalaman pembelajaran. Contoh: Guru menjemput bekas pelajar untuk memberi perakuan tentang kepentingan kemahiran belajar dalam kerja rumah dan projek kelas.

Gangaran Eksrintik: memberi pengukuhan positif dan maklum balas bermotivasi. Contoh: Guru menganugerahkan sijil kepada murid apbila murid telah menguasai satu set kemahiran yang lengkap.

Equiti: memastikan piawaian dan akibat yang konsisten untuk kejayaan. Contoh: Selepas tamatnya projek kumpulan, guru memberi maklum balas berdasarkan kriteria yang telah diedarkan terlebih dahulu.


Rumusan
Model ARCS dalam desain motivasi adalah pendekatan yang mudah digunakan untuk meningkatkan tarikan motivasi dalam instruksi. ARCS menyediakan kerangka yang kuat untuk mereka dan meningkatkan mutu motivasi dalam berbagai-bagai entiti seperti pengajaran di bilik darjah, penyediaan bahan di internet, dan bahan pengajaran dan pembelajaran.




Posted by : Zuraida S.

No comments:

Post a Comment