Thursday 27 December 2012

Keperluan Visual


1.Garisan

Fungsi garisan dalam rekabentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

2. Bentuk

Tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

3. Ruang
 
Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemem-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang ditinggal disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak di kalangan pemerhati.

4. Warna

Memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara ;

4.1 Penggunaan Warna

Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya.
Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

4.2 Panduan am mewarna

• Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elelmen tumpuan.
• Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokoromik, warna berhampiran atau warna penggenap.
• Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami.
• Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu.
• Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai warna latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning.

4.3 Skema warna

Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna.

i. Skim warna monokromik

Warna monokromik berharmaoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Contohnya: warna ungu muda hingga warna ungu-tua.

ii. Skim warna berhampiran
 
Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada warna-warna yang berhampiran dalam carta warna. Contohnya warna hijau, hijau-biru dan biru; warna kuning, kuning oren dan oren.

iii. Skim warna penggenap

Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta warna. Contoh; warna kuning-oren digunakan bersama warna biru-ungu.

4.4 Alat mewarna

• Pena bermata felt
• Pensel warna, kapur warna, pastel dan krayon
• Cat air
• Cat sembur
• Kertas berwarna dan plastik berwarna

5. Penghurufan
 
Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang digunakan.

5.1 Saiz huruf

Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca dengan baik.

 Jarak dari visual
Saiz minima huruf kecil
2,5 cm
0.6 cm
5.0 cm
1.3 cm
10.0 cm
2.6 cm
20.0 cm
5.2 cm

5.2 Jarak huruf

Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah.


• Dekatkan huruf-huruf bulat (O,G,S,C)
• Jauhkan huruf-huruf lurus (E,H,L,M,N)
• Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf bercampur
• Tinggalkan jarak bersaiz M (besar) di antara perkataandengan perkataan
• Jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O kecil.



5.3 Jenis huruf
 
Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti huruf san serif
( huruf blok), serif ( time roman), dokoratif ( huruf berbunga seperti dalam kad raya)

5.4 Cara menulis huruf / angka
 
i. Tulisan bebas
Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya, dengan menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa digunakan untuk grafik yang besar seperti carta dan poster.

ii. Huruf yang dipotong
Huruf dan perkataan serta gambar boleh dibuat dengan cara potongan dari bahan-bahan akhbar, kertas berwarna atau kain dan kemudian dilekatkan pada bahan grafik.

iii. Huruf pindah kering (Dry transfer lettering)
Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol, angka dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa dalam kepingan huruf pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.



iv. Huruf stensil
Untuk tulisan huruf yang kurang dari satu inci, stensil tulisan ( huruf blok) boleh digunakan. Stensil ini ada dua bahagian- satu berbentuk huruf ( stensil guide) dan pen khasnya.

6. Cara membuat gambar
i. Menekap (tracing) (guna karbon pensil, kapur atau pastel, kedah tebuk.
ii. Petak grid
iii. Pantograf
iv. Episkop
v. Penyalinan gambar (fotostat)
vi. Kaedah pengunjuran ( OHP, Slaid)

7. PERSEMBAHAN

Grafik yang telah siap dihasilkan perlulah disediakan untuk digunakan dalam bilik darjah. Kadang-kadang bahan visual yang dihasilkan itu adalah besar atau nipis. Ini akan merumitkan kerja guru semasa mempamerkan bahan-bahan itu kepada murid. Bahan-bahan visual itu juga disimpan untuk kegunaan pada masa-masa yang lain ataupun oleh guru-guru yang lain.

Kebanyakkan bahan-bahan bantuan jenis ini memang cepat menjadi kotor,mudah terkoyak atau rosak dan visual-visual yang ditampal mudah tanggal. Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini tiga langkah boleh digunakan untuk menentukan bahan visual yang rtelah dihasilkan itu dapat digunakan atau disimpan dengan lebih mudah dan sempurna. Langkah-langkah itu ialah:
a. Melapik
b. Alas tepi
c. Laminasi


Posted By : Zuraida S.


Papan Pengajaran

Pengenalan

Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untukmenyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.

Terdapat beberapa jenis papan unjuran:

1. Papan Tulis
2. Papan putih
3. Papan Magnetik
4. Papan Flip
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan
6. Papan Flanel
7. Papan Gulung
8. Papan Slip
9. papan Elektronik

Papan Tulis

Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.
• Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah
• Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.
• Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.
• Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan

Papan Putih

Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.
• Tidak ada habuk
• Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.
• Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.
• Boleh dihasilkan sendiri

Papan Magnetik (papan magnet)

Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.

Kelebihan :

• Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah
• Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak    keadaan, tempat dan masa.
• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan    dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke tempat baru atau dapat    tindan tindihkan visual-visual itu.

 Papan Flip

Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.

Kelebihan.

• Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.
• Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.
• Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Papan Pameran Papan Kenyataan

Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.

Kelebihan

• Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat
• Senang ditampal maklumat
• Tidak memakan ruang
• Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.

 Papan Flanel

Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah.

Kelebihan :

• Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.
• Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.
• Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan
• Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta    melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual    tersebut.
• Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan    seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan    sebagainya.
• Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan Gulung

Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

 Kelebihan;

• Mudah dibuat
• Mudah dibawa, digunakan atau disimpan
• Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan    baik dan sempurna.
• Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar    bilik darjah.

 Papan Slip

Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.
Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.

Kelebihan :

• Boleh dibuat sendiri
• Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah
• Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.
• Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.




Posted by : Zuraida S.





Rancangan Pengajaran Harian (RPH)



Contoh RPH Subjek Perdagangan Bab 5 Tingkatan 4
 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh    : 28 November 2012
Hari       : Rabu

Maklumat Perancangan
Mata Pelajaran Perdagangan



Masa & Tempoh
:
10.00-10.30AM (30 minit)
Tingkatan
:
4D (Sederhana)
Bilangan Pelajar
:
38 orang
Topik Pembelajaran
:
Bab 5: Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Subtopik
:
5.1a Maksud Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
5.1b Ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana

Objektif Pengajaran

:
Selepas mempelajari topik ini, pelajar-pelajar akan dapat:
1.     Menghuraikan maksud Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan menggunakan kefahaman sendiri.
2.     Menghuraikan ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengikut kefahaman sendiri.

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar
:
Pelajar sudah didedahkan serba sedikit mengenai Industri Kecil dan Sederhana melalui pengajaran yang lepas.

ABM/BBM
:
Laptop, LCD projektor, slaid power point, risalah dan lembaran kerja.

KBKK
:
1.     Pelajar menjana idea mengikut kefahaman sendiri definisi IKS.
2.     Pelajar membina kefahaman hubung kait tentang ciri-ciri IKS.


Nilai
:
Pelajar dapat menerapkan nilai rasional, bertanggungjawab, kerajinan, ketekunan dan keyakinan.


 Aktiviti Pengajaran

Tempoh/masa
Aktiviti pengajaran & pembelajaran
Catatan

Set induksi
(5 minit)
Topik: Bab 5 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Pendekatan/Teknik:

·         Berpusatkan guru dan pelajar
·         Guru memberi arahan kepada  pelajar membetulkan kedudukan agar lebih selesa untuk belajar.
·         Guru memulakan pelajaran dengan menayangkan video mengenai barang-barang seperti kraftangan dan barang keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
·         Perkaitan dilakukan dengan menyatakan siapa pihak pengeluar bagi barangan yang dipaparkan di dalam tayangan video.
·         Paparan slaid power point.

ABM:
Laptop, LCD projektor dan slaid power point.

Nilai:
Rasional, bertanggungjawab

KBKK:
Pelajar mengetahui dan mengenal pasti barangan keluaran IKS melalui tayangan video.
Perkembangan
(20 minit)
Sub Topik: 5.1a Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Guru menerangkan definisi IKS oleh SMIDEC yang untuk digunakan pakai hingga sekarang.

Pendekatan/Teknik:

·         Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan.
·         Guru menerangkan definisi Industri Kecil dan Sederhana kepada pelajar.
·         Guru menjelaskan takrifan Industri Kecil dan Sederhana kepada pelajar dengan membezakan industri kecil dan industri sederhana

Jangkaan aktiviti:

·         Pelajar memberi perhatian terhadap penjelasan guru mengenai definisi IKS yang diberikan oleh SMIDEC
·         Guru akan bertanyakan kepada pelajar mengenai apa yang mereka faham tentang definisi Industri Kecil dan Sederhana untuk meningkatkan kefahaman pelajar.

Peneguhan/Pengukuhan:

Guru memberi definisi IKS dengan menggunakan ayat sendiri untuk menambahkan kefahaman pelajar.

Penilaian:

Guru menguji pelajar-pelajar dengan meminta pelajar untuk menjawab soalan menyatakan definisi Industri Kecil dan Sederhana mengikut kefahaman mereka sendiri.

Objektif:

Di akhir pembelajaran, pelajar-pelajar akan dapat:
1.     Menghurai definisi Industri Kecil dan Sederhana  menggunakan kefahaman sendiri.

ABM
Laptop, LCD projektor, risalah dan slaid power point.

Nilai
Pelajar dapat menerapkan nilai bekerjasama sesama sendiri, bertanggungjawab, ketekunan dan keyakinan.

KBKK
Pelajar menjana idea mengikut kefahaman sendiri definisi IKS.




Sub Topik : 5.1b Ciri Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Guru menerangkan 6 ciri IKS.
·         Jenis keluaran
·         Lokasi
·         Organisasi
·         Modal
·         Pekerja
·         Teknologi pengeluaran
Pendekatan/Teknik:
·         Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan
·         Guru menerangkan cir-ciri IKS dan memberi penerangan terperinci bagi setiap ciri tersebut.
Jangkaan aktiviti:

·         Guru akan menjelaskan enam ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana kepada pelajar.
·         Guru menerangkan setiap ciri Industri Kecil dan Sederhana dengan bersertakan contoh.
·         Guru juga turut meminta pelajar untuk memberikan contoh bagi ciri tertentu Industri Kecil dan Sederhana.

Peneguhan/Pengukuhan:
Guru memberi contoh-contoh yang relevan untuk meningkatkan kefahaman pelajar.
Penilaian:
Guru menguji pelajar dengan memberikan beberapa soalan mudah untuk dijawab dalam masa yang singkat untuk menguji kefahaman pelajar.
Objektif
Di akhir pembelajaran, pelajar-pelajar akan dapat:
1.     Mengenalpasti ciri Industri Kecil dan Sederhana.
2.     Menghuraikan ciri Industri Kecil dan Sederhana menggunakan kefahaman dan ayat sendiri.
ABM
Slaid power point
Nilai:
Pelajar dapat menerapkan nilai bekerjasama, ketekunan dan keyakinan
KBKK
Pelajar membina kefahaman hubung kait tentang ciri-ciri IKS.

Penutup
(5 minit)
Pendekatan/kaedah:

·         Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan.
·          
Rumusan Pengajaran

Guru akan merumuskan tentang pembelajaran yang berlaku hari ini secara ringkas kepada pelajar.

Tajuk berikut:
5.1c Kegiatan Industri Kecil dan Sederhana.
Penutup
Guru memberi motivasi kepada pelajar berkenaan dengan apa yang dipelajari pada hari ini dan mengingatkan mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
ABM:
Paparan slaid power point


KBKK
Membuat refleksi kendiri


Nilai
Peka
Berusaha



Refleksi









.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................


Posted by : Zuraida S.