Tuesday 1 January 2013

VISUAL BUKAN TAYANGAN

~ 2D – peta, gambar, fail tegak, carta, guntingan akhbar, kad cantuman.
~ 3D – glob, relia, model, mock up, diorama, contoh spesimen, boneka.


Jenis media
  1.     I.        Grafik
  2.   II.        Gambar pegun
  3. III.        3D
  4.  IV.        Papan pengajaran

Jenis papan pengajaran
    I.        Papan tulis
  II.        Papan putih
III.        Papan magnetik
 IV.        Papan flip
   V.        Papan pameran/ kenyataan
 VI.        Papan Flannel
VII.        Papan gulung
VIII.        Papan elektronik


Jenis 3D
  •     I.        Relia asli
·       Benda  hidup – cacing, semut, dsb
·       Benda bukan hidup – mesin
  •   II.        Relia awet –benda hidup yang diawet – cth: spesimen rama-rama

Jenis 2D
  • ·       Gambar/ foto
  • ·       Grafik
  • ·       Carta
Ø  Organisasi
Ø  Klasifikasi
Ø  Masa
Ø  Jadual
Ø  Urutan
Ø  Flip
  • ·       Poster
  • ·       Flash card
  • ·       Kad gambar 

Jenis model
  • ·       Model pepejal
  • ·       Model olok-olok/ pergerakan
  • ·       Model keratan rentas


Disediakan oleh: Yusrizawati Jahamin
 

VISUAL TAYANG



Penyediaan ruang bilik tayangan.

Pembinaan bilik tayangan perlu menitikberatkan kepada perkara berikut:

  • ·       Kesesuaian penggunaan peralatan dan bahan audio visual
  • ·       Penempatan peralatan tayangan yang tersedia untuk kegunaan bila-bila masa
  • ·       Sudut pandangan yang jelas dan berkesan bagi setiap individu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
  • ·       Dapat menghindarkan bunyi dari luar untuk memastikan pemusatan pengamatan murid yang lebih berkesan
  • ·       Perlu dirancang agar dapat menempatkan sebuah kelas yang cukup selesa dengan kerusi meja berlipat
  • ·       Perlu menyediakan alat penghawa dingin, dan bilangan serta kekuatan alat penghawa dingin perlu dengan keluasan bilik, suhu bilik perlu di antara 18 degree hingga 20 centrigrade sahaja
  • ·       Habuk dan kulat perlu dihindarkan agar tidak merosakkan perjalanan peralatan audio visual.
Penyediaan peralatan dalam persembahan audio visual

Berikut merupakan peralatan yang diperlukan salam persembahan:

a.    Penunjuk laser (laser pointer)
Penunjuk laser sangat penting digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara yang mustahak di layar putih atau skrin. Murid akan memfokuskan tumpuan ke arah yang ditunjukkan diatas layar putih atau skrin.

b.    Projektor legap (direct/opaque projector)
Projektor jenis ini membenarkan penceramah menayangkan bahan sebenar atau legap seperti buku, gambar foto dan objek tiga dimensi dengan meletakkan bahan sebenar di atas permukaan skrin projektor. Ini akan menjimatkan masa dan wang serta tenaga dalam menyediakan bahan seperti tranperansi.

c.    Liquid crystal display (LCD) Palette
Guru mampu menayangkan bahan yang telah dihasilkan dan sisimpan dalam komputer peribadinya ke layar putih atau skrin dengan menggabungkan alat LCD Palette, kad antara muka (yang diselitkan kedalam komputer peribadi) dan projektor lutsinar. Guru Cuma perlu meletakkan alat LCD Palette diatas projektor lutsinar. Seterusnya guru Cuma memfokus kepada imej yang dipaparkan diatas skrin menggunakan teknik projektor lutsinar.

d.    Sistem penayangan video dan data (video and data projection system)
BARCO merupakan alat penayangan video dan data yang pertama diperkenalkan sekitar 1080-an di universiti-universiti Malaysia. Ia menggunakan tiga tiub gambar yang berbeza (merah, hijau dan biru) dan teknik penayangan ini berpandukan kepada refractive optic system yang menggunakan elektron beam untuk mengimbas tiub yang bersalut phospor untuk menayangkan gambar.
Sudut pandangannya yang kecil menyebabkan ia kurang berkesan untuk penayangan dan sambutan terhadap produk ini kurang. Kini alat ini lebih sesuai dipasang di dinding untuk mengelakkan dinding untuk mengelakkan gangguan terlanggar oleh manusia dan sebagainya. Jika sekiranya ia terjadi, ia mengambil masa yang lama untuk diperbaiki kerana alignment semula mesti dilakukan.

e.    Liquid Crystal Display (LCD) projector
Jenis mudah alih dan sangat mudah digunakan. Ia berguna untuk dibawa ke merata tempat untuk tujuan persembahan. Gambar yang dihasilkan jelas dan terang serta ANSI lumens yang tinggi seperti 3200 ANSI lumens meninggikan lagi kecekapan alat ini sebagai alat yang mudah alih.

DISEDIAKAN OLEH : YUSRIZAWATI JAHAMIN