Penyediaan ruang bilik
tayangan.
Pembinaan bilik tayangan
perlu menitikberatkan kepada perkara berikut:
- · Kesesuaian penggunaan peralatan dan bahan audio visual
- · Penempatan peralatan tayangan yang tersedia untuk kegunaan bila-bila masa
- · Sudut pandangan yang jelas dan berkesan bagi setiap individu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
- · Dapat menghindarkan bunyi dari luar untuk memastikan pemusatan pengamatan murid yang lebih berkesan
- · Perlu dirancang agar dapat menempatkan sebuah kelas yang cukup selesa dengan kerusi meja berlipat
- · Perlu menyediakan alat penghawa dingin, dan bilangan serta kekuatan alat penghawa dingin perlu dengan keluasan bilik, suhu bilik perlu di antara 18 degree hingga 20 centrigrade sahaja
- · Habuk dan kulat perlu dihindarkan agar tidak merosakkan perjalanan peralatan audio visual.
Penyediaan peralatan dalam
persembahan audio visual
Berikut merupakan peralatan
yang diperlukan salam persembahan:
a.
Penunjuk laser (laser pointer)
Penunjuk
laser sangat penting digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara yang mustahak
di layar putih atau skrin. Murid akan memfokuskan tumpuan ke arah yang
ditunjukkan diatas layar putih atau skrin.
b.
Projektor legap (direct/opaque projector)
Projektor
jenis ini membenarkan penceramah menayangkan bahan sebenar atau legap seperti
buku, gambar foto dan objek tiga dimensi dengan meletakkan bahan sebenar di
atas permukaan skrin projektor. Ini akan menjimatkan masa dan wang serta tenaga
dalam menyediakan bahan seperti tranperansi.
c.
Liquid crystal display (LCD) Palette
Guru
mampu menayangkan bahan yang telah dihasilkan dan sisimpan dalam komputer
peribadinya ke layar putih atau skrin dengan menggabungkan alat LCD Palette,
kad antara muka (yang diselitkan kedalam komputer peribadi) dan projektor
lutsinar. Guru Cuma perlu meletakkan alat LCD Palette diatas projektor
lutsinar. Seterusnya guru Cuma memfokus kepada imej yang dipaparkan diatas
skrin menggunakan teknik projektor lutsinar.
d.
Sistem penayangan video dan data (video and
data projection system)
BARCO
merupakan alat penayangan video dan data yang pertama diperkenalkan sekitar
1080-an di universiti-universiti Malaysia. Ia menggunakan tiga tiub gambar yang
berbeza (merah, hijau dan biru) dan teknik penayangan ini berpandukan kepada refractive optic system yang menggunakan
elektron beam untuk mengimbas tiub yang bersalut phospor untuk menayangkan
gambar.
Sudut
pandangannya yang kecil menyebabkan ia kurang berkesan untuk penayangan dan
sambutan terhadap produk ini kurang. Kini alat ini lebih sesuai dipasang di
dinding untuk mengelakkan dinding untuk mengelakkan gangguan terlanggar oleh
manusia dan sebagainya. Jika sekiranya ia terjadi, ia mengambil masa yang lama
untuk diperbaiki kerana alignment semula mesti dilakukan.
e.
Liquid Crystal Display (LCD) projector
Jenis
mudah alih dan sangat mudah digunakan. Ia berguna untuk dibawa ke merata tempat
untuk tujuan persembahan. Gambar yang dihasilkan jelas dan terang serta ANSI
lumens yang tinggi seperti 3200 ANSI lumens meninggikan lagi kecekapan alat ini
sebagai alat yang mudah alih.
DISEDIAKAN OLEH : YUSRIZAWATI JAHAMIN
No comments:
Post a Comment