Thursday 27 December 2012

Keperluan Visual


1.Garisan

Fungsi garisan dalam rekabentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

2. Bentuk

Tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

3. Ruang
 
Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemem-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang ditinggal disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak di kalangan pemerhati.

4. Warna

Memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara ;

4.1 Penggunaan Warna

Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya.
Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

4.2 Panduan am mewarna

• Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elelmen tumpuan.
• Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokoromik, warna berhampiran atau warna penggenap.
• Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami.
• Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu.
• Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai warna latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning.

4.3 Skema warna

Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna.

i. Skim warna monokromik

Warna monokromik berharmaoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Contohnya: warna ungu muda hingga warna ungu-tua.

ii. Skim warna berhampiran
 
Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada warna-warna yang berhampiran dalam carta warna. Contohnya warna hijau, hijau-biru dan biru; warna kuning, kuning oren dan oren.

iii. Skim warna penggenap

Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta warna. Contoh; warna kuning-oren digunakan bersama warna biru-ungu.

4.4 Alat mewarna

• Pena bermata felt
• Pensel warna, kapur warna, pastel dan krayon
• Cat air
• Cat sembur
• Kertas berwarna dan plastik berwarna

5. Penghurufan
 
Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang digunakan.

5.1 Saiz huruf

Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca dengan baik.

 Jarak dari visual
Saiz minima huruf kecil
2,5 cm
0.6 cm
5.0 cm
1.3 cm
10.0 cm
2.6 cm
20.0 cm
5.2 cm

5.2 Jarak huruf

Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah.


• Dekatkan huruf-huruf bulat (O,G,S,C)
• Jauhkan huruf-huruf lurus (E,H,L,M,N)
• Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf bercampur
• Tinggalkan jarak bersaiz M (besar) di antara perkataandengan perkataan
• Jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O kecil.



5.3 Jenis huruf
 
Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti huruf san serif
( huruf blok), serif ( time roman), dokoratif ( huruf berbunga seperti dalam kad raya)

5.4 Cara menulis huruf / angka
 
i. Tulisan bebas
Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya, dengan menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa digunakan untuk grafik yang besar seperti carta dan poster.

ii. Huruf yang dipotong
Huruf dan perkataan serta gambar boleh dibuat dengan cara potongan dari bahan-bahan akhbar, kertas berwarna atau kain dan kemudian dilekatkan pada bahan grafik.

iii. Huruf pindah kering (Dry transfer lettering)
Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol, angka dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa dalam kepingan huruf pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.



iv. Huruf stensil
Untuk tulisan huruf yang kurang dari satu inci, stensil tulisan ( huruf blok) boleh digunakan. Stensil ini ada dua bahagian- satu berbentuk huruf ( stensil guide) dan pen khasnya.

6. Cara membuat gambar
i. Menekap (tracing) (guna karbon pensil, kapur atau pastel, kedah tebuk.
ii. Petak grid
iii. Pantograf
iv. Episkop
v. Penyalinan gambar (fotostat)
vi. Kaedah pengunjuran ( OHP, Slaid)

7. PERSEMBAHAN

Grafik yang telah siap dihasilkan perlulah disediakan untuk digunakan dalam bilik darjah. Kadang-kadang bahan visual yang dihasilkan itu adalah besar atau nipis. Ini akan merumitkan kerja guru semasa mempamerkan bahan-bahan itu kepada murid. Bahan-bahan visual itu juga disimpan untuk kegunaan pada masa-masa yang lain ataupun oleh guru-guru yang lain.

Kebanyakkan bahan-bahan bantuan jenis ini memang cepat menjadi kotor,mudah terkoyak atau rosak dan visual-visual yang ditampal mudah tanggal. Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini tiga langkah boleh digunakan untuk menentukan bahan visual yang rtelah dihasilkan itu dapat digunakan atau disimpan dengan lebih mudah dan sempurna. Langkah-langkah itu ialah:
a. Melapik
b. Alas tepi
c. Laminasi


Posted By : Zuraida S.


No comments:

Post a Comment